PBT

500 kilogram sisa sampah, 782 puntung rokok dikutip di Pantai Bagan Lalang

28 Sep 2023, 4:13 AM
500 kilogram sisa sampah, 782 puntung rokok dikutip di Pantai Bagan Lalang
500 kilogram sisa sampah, 782 puntung rokok dikutip di Pantai Bagan Lalang

SEPANG, 28 SEPT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengutip 782 puntung rokok dan memusnahkan hampir 500 kilogram sisa pelbagai jenis menerusi program World Cleanup Day (WCD) pada 17 September lalu.

Diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek, program itu mendapat kerjasama SWCorp dan turut disertai kakitangan Puspanita, Bank Islam Berhad, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, COMBI, KRT, Politeknik Banting serta orang awam.

Yang Dipertua MPSepang, Dato’ Abd Hamid Hussain berkata program bertujuan menangani masalah sisa pepejal termasuk sisa di laut dan pembersihan kawasan dilakukan serentak.

"Selepas aktiviti pembersihan, peserta melakukan audit sisa untuk mengetahui jumlah berat setiap jenis sisa yang dikutip dan dilaporkan kepada WCD peringkat dunia.

[caption id="attachment_605030" align="aligncenter" width="781"] Peserta bergambar selepas program World Cleanup Day pada 17 September 2023 di Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang[/caption]

"Jumlah sisa dan puntung rokok masih menjadi beban dalam kalangan masyarakat kita. Mereka harus ingat, perbelanjaan pelupusan sampah menggunakan perbelanjaan hasil bayaran cukai yang seharusnya digunakan untuk program pembangunan dan pengindahan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPSepang semalam.

Sementara itu, Abd Hamid dalam perkembangan lain memaklumkan, MPSepang akan menganjurkan program selawat perdana sempena sambutan Maulidur Rasul pada 7 Oktober nanti.

"Program ini merupakan yang kelima dianjurkan sejak 2019 dan kali ini digabung bersama Karnival Masjid (Sepang Berselawat) di Dewan Serbaguna Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

"Antara program menarik ialah bual bicara bersama Ustaza Nur Hidayu, perarakan Maulidur Rasul, persembahan nasyid oleh kumpulan InTeam dan qasidah serta alunan selawat oleh Mahabbah D Itqan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619