BERITA UTAMA

692 anak istimewa dapat bantuan khas tampung kos terapi, pendidikan

22 Apr 2022, 6:30 AM
692 anak istimewa dapat bantuan khas tampung kos terapi, pendidikan

SHAH ALAM, 22 APRIL: Seramai 692 kanak-kanak kelainan upaya (OKU) mendapat manfaat Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) berjumlah RM1.3 juta tahun lalu.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga anak istimewa menampung kos pendidikan, terapi, alatan serta ubat-ubatan.

"Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Anis dan Didik Anis pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta," kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, permohonan secara dalam talian bagi kedua-dua program dibuka mulai 17 hingga 31 Mei melalui laman sesawang www.anisselangor.com.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah turut mengumumkan penubuhan Independent Living Support Centre (ILSC), yang menyediakan program latihan dan kemahiran kepada OKU sasar dengan peruntukan RM1 juta.

"ILSC menyasar untuk melatih OKU 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah pembelajaran agar mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619