ADN

Sempena Aidilfitri, DUN Balakong agih 550 baucar beli-belah

20 Apr 2022, 1:17 PM
Sempena Aidilfitri, DUN Balakong agih 550 baucar beli-belah

SHAH ALAM, 20 APRIL: Sebanyak 550 baucar beli-belah diagih kepada masyarakat Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata edaran baucar bernilai RM100 yang menumpukan keluarga kurang berkemampuan dibuat sejak kelmarin dengan jangkaan selesai hujung minggu ini.

"Baucar tersebut boleh ditebus di Pasaraya Econsave Balakong bermula dari tarikh terima sehingga 30 April ini.

"Diharap mereka memanfaatkan bantuan diterima sebaiknya dengan membeli barang mengikut keperluan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya kekal menjaga tatacara operasi piawai (SOP) di sebalik kegembiraan meraikan perayaan Aidilfitri.

Sebanyak RM3.34 juta diperuntuk Kerajaan Negeri untuk agihan baucar beli-belah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang memanfaatkan seramai 33,400 ketua isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan  B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619