AGENDA

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis khatam al-Quran, tahlil

19 Apr 2022, 1:19 PM
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis khatam al-Quran, tahlil

PEKAN, 19 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran dan Bacaan Tahlil untuk Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj di sini, hari ini.

Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid berkenaan pada pukul 6 petang.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat Diraja Pahang turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran yang dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Pahang Mohd Khalil Mohd Zari disusuli tahlil dan doa oleh Abdul Rahman sebelum ceramah ringkas Nuzul Al-Quran disampaikan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Datuk Badli Shah Alauddin.

Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan sagu hati kepada tiga masjid yang paling banyak khatam al-Quran iaitu Masjid Sultan Mahmud (Lipis), Masjid Assyakirin (Maran) dan Masjid Tengku Mahkota Abdullah (Jerantut).

Selesai majlis berkenaan, Seri Paduka berdua berkenaan berbuka puasa dan menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619