ADN

750 baucar beli-belah Aidilfitri untuk penduduk Sementa

15 Apr 2022, 3:10 PM
750 baucar beli-belah Aidilfitri untuk penduduk Sementa

SHAH ALAM, 15 APRIL: Sebanyak 750 baucar Jom Shopping diperuntuk kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar Sementa sempena Aidilfitri ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Mohd Saadon Muah berkata setakat ini 400 penerima sudah dikenal pasti dan agihan baucar berjumlah RM100 akan dilakukan bermula minggu depan.

“Ramai yang pohon namun terpaksa ditolak kerana mereka merupakan penerima Skim Mesra Usia Emas dan Kasih Ibu Smart Selangor.

“Sekarang permohonan masih dibuka. Mana-mana individu mahu memohon boleh berjumpa dengan ketua kampung atau majlis perwakilan penduduk kawasan masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM3.34 juta tahun ini untuk agihan baucar beli-belah sempena Aidilfitri yang memanfaatkan 33,400 ketua isi rumah B40.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan kurang mampu sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Mohd Saadon berkata sebanyak RM12,000 diagih kepada 12 masjid kawasan Sementa minggu lalu sebagai bantuan mengimarahkan masjid termasuk moreh.

“Bermula Isnin ini hingga hujung Ramadan, kita akan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619