AGENDA

700 pemimpin masyarakat dirai, berbuka puasa bersama MB

15 Apr 2022, 1:01 PM
700 pemimpin masyarakat dirai, berbuka puasa bersama MB

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 700 pemimpin masyarakat seluruh Selangor dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar, hari ini.

Majlis melibatkan ketua kampung dan ahli majlis itu diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada majlis yang bermula jam 6.30 petang itu.

Sebelum berbuka hadirin juga mendengar tazkirah ringkas bertajuk Santapan Minda - Jiwa Pekerja oleh ketua bimbingan haji dan umrah Zaheen Travel, Mohd Nizam Kamaruzaman.

Selesai berbuka puasa, Amirudin dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619