AGENSI

PKNS rai anak yatim, hulur bantuan kepada 10 pusat jagaan

14 Apr 2022, 2:06 PM
PKNS rai anak yatim, hulur bantuan kepada 10 pusat jagaan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meraikan 500 kakitangan dan anak yatim dalam Majlis Iftar Ramadan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut PKNS turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM60,000 yang diagihkan kepada 10 rumah anak  yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide)..

Sumbangan diberikan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah; Rumah Amal Raudhatul Jannah; Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi; Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor.

PKNS turut memberi sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur; Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Islam Dan Miskin Daerah Sabak Bernam; Pusat Jagaan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan; Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah; Rumah Aman (Shah Alam) dan Rumah Kebajikan Anak YatimAl-Munirah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato' Mahmud Abbas berkata sumbangan tersebut adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyantuni golongan kurang bernasib baik terutamanya anak-anak yatim.

"Ini merupakan tradisi di PKNS sejak 2014 lagi iaitu kita mengagihkan sumbangan kepada pelbagai pihak seperti rumah orang tua, maahad tahfiz dan surau  di sekitar Selangor,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619