AGENSI

PKNS belanja RM2 bilion bangun projek peremajaan bandar di Shah Alam

14 Dis 2023, 1:00 AM
PKNS belanja RM2 bilion bangun projek peremajaan bandar di Shah Alam
PKNS belanja RM2 bilion bangun projek peremajaan bandar di Shah Alam
PKNS belanja RM2 bilion bangun projek peremajaan bandar di Shah Alam

SHAH ALAM, 14 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal membangunkan sebuah projek peremajaan bandar di Shah Alam pada suku ketiga tahun hadapan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dimulakan di kawasan sekitar stesen Aliran Transit Ringan 3 (LRT 3) Dato Menteri.

Menurut Dato' Mahmud Abbas, projek pembangunan itu juga bercirikan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) berkonsepkan Bandar Pintar.

"Kita rancang untuk membina kondominium kemudian bangunkan PKNS Square serta menambah baik beberapa bangunan yang terletak di kawasan sekitar Seksyen 14, Shah Alam antaranya Kompleks PKNS dan SACC Mall.

"Projek ini mengambil masa agak panjang tetapi insya-Allah kita akan pastikan pada 2028, projek ini mencapai lebih 90 peratus hampir siap iaitu bertepatan dengan hasrat MBSA yang akan menyambut ulangtahun (ke-50 bandaraya Shah Alam)," katanya.

[caption id="attachment_618558" align="aligncenter" width="757"] Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato' Mahmud Abbas (tengah) bersama Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman bergambar bersama kakitangan PKNS dan MBSA pada program 'Shah Alam Trees For Life' di Taman Tasik Shah Alam pada 13 Disember 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Shah Alam Trees For Life' di Taman Tasik Shah Alam di sini semalam.

Program berkenaan disempurnakan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman.

Terdahulu, PKNS turut menyerahkan cek cura sejumlah RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjayakan program 'Shah Alam Trees For Life'.

[caption id="attachment_618560" align="aligncenter" width="969"] Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato' Mahmud Abbas (kiri) menyerahkan cek cura RM30,000 kepada Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman bagi menjayakan program 'Shah Alam Trees For Life' di Ibu Pejabat PKNS pada 13 Disember 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619