ad
PBT

Buka dobi layan diri tanpa lesen, lelaki didenda RM600

14 Apr 2022, 7:39 AM
Buka dobi layan diri tanpa lesen, lelaki didenda RM600

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat semalam kerana mengusahakan dobi layan diri tanpa lesen.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjelaskan majistret menjatuhkan hukuman denda RM600 atau lima hari penjara, bagaimanapun lelaki terbabit membayar denda tersebut.

"Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007," tulisnya di Facebook.

Dalam pendakwaan lain, dua individu didenda selepas meletak kereta tanpa membayar cas parkir di bawah peraturan Perenggan 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKL 2007.

"Tertuduh Masing-masing didenda sebanyak RM150 dan RM100," tambahnya.

Mulai 1 April, MPKL menggunakan sistem Smart Selangor Parking melalui telefon bimbit bagi memudahkan pengguna tanpa perlu mencari mesin membayar parkir dan tanpa menggunakan kupon.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.