AGENDA

Peniaga kecil dipelawa sertai jualan but kereta Perpustakaan Awam Selangor

13 Apr 2022, 8:20 AM
Peniaga kecil dipelawa sertai jualan but kereta Perpustakaan Awam Selangor
Peniaga kecil dipelawa sertai jualan but kereta Perpustakaan Awam Selangor

SHAH ALAM, 13 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan mengadakan jualan but kereta (car boot sale) di pekarangan parkir Pustaka Raja Tun Uda di sini selama empat hari bermula 21 hingga 24 April ini.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, PPAS menjemput peniaga kecil yang berminat untuk menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang berlangsung mulai jam 9 pagi hingga 5 petang itu.

"Ia adalah sebahagian daripada program kongsi rezeki sempena bulan Ramadan untuk membantu peniaga kecil.

"Kami menjemput mana-mana peniaga yang ingin membuka gerai jualan seperti pakaian, kosmetik, kasut, makanan siap dibungkus dan produk hari raya untuk menghubungi secara WhatsApp di talian 019-6792288," katanya.

Pada masa sama, PPAS menjemput orang ramai untuk mengunjungi dan memeriahkan program yang kali pertama dianjurkan itu.

"Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Jadi datang beramai-ramai ke Car Boot Sale @ Parkir Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619