BERITA UTAMA

53,000 kupon parkir gores bawah MBSA ditukar kepada e-kupon

13 Apr 2022, 3:40 AM
53,000 kupon parkir gores bawah MBSA ditukar kepada e-kupon

SHAH ALAM, 13 APRIL: Sebanyak 53,000 kupon parkir gores di bawah kendalian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditukar kepada e-kupon setakat semalam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata penukaran ke dalam aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) itu melibatkan transaksi bernilai RM35,000, lapor Sinar Harian.

“Setakat ini, tiada aduan yang diterima dan ia diterima baik dalam kalangan orang awam yang menggunakan petak parkir di kawasan pentadbiran Shah Alam, hanya pertanyaan untuk tukar kupon gores kepada e-kupon," katanya.

Jelasnya, sehingga kini terdapat segelintir penduduk yang masih menggunakan kupon parkir gores untuk membuat bayaran.

Berkuat kuasa 1 April lalu, bayaran parkir kereta seluruh pihak berkuasa tempatan di Selangor menggunakan sistem e-kupon sepenuhnya.

Justeru orang ramai digalak memuat turun aplikasi SSP di Google Playstore, AppStore atau Huawei Store bagi memudahkan urusan pembayaran.

Pada 24 Mac lalu, EXCO kerajaan tempatan memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Ng Sze Han berkata inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan pengguna yang berdepan kerugian berikutan penguatkuasaan sistem berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619