ADN

45 masjid, surau DUN Morib terima bantuan RM55,000 bagi imarah Ramadan

11 Apr 2022, 8:54 AM
45 masjid, surau DUN Morib terima bantuan RM55,000 bagi imarah Ramadan

SHAH ALAM, 11 APRIL : Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menyediakan peruntukan RM55,000 untuk disalurkan kepada 45 masjid dan surau di kawasan itu.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata daripada jumlah itu 10 masjid menerima bantuan RM2,000 manakala 35 lagi surau memperoleh dana RM1,000.

"Sumbangan ini bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah ibadat ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan.

"Semoga Ramadan tahun ini akan lebih bermakna dengan pengisian pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid dan surau," katanya kepada Selangorkini.

Beliau memaklumkan pihaknya turut mengedarkan pek kurma kepada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan penduduk sekitar DUN Morib.

"Insya-Allah aktiviti bersedekah seperti ini akan dijadikan tradisi demi menghidupkan lagi bulan yang mulia ini," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619