ADN

Baucar beli-belah DUN Taman Templer diagih minggu ketiga Ramadan

10 Apr 2022, 5:40 AM
Baucar beli-belah DUN Taman Templer diagih minggu ketiga Ramadan

SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebanyak 600 baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri akan diagihkan kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Wakil rakyat Sany Hamzan berkata baucar bernilai RM100 itu diberi khusus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang belum pernah menerima manfaat tersebut.

"Kita sedang dalam proses semakan akhir untuk mengenal pasti individu yang benar-benar layak sahaja terima baucar ini kemudian baru kita edarkan kepada penerima pada minggu ketiga Ramadan.

"Mereka boleh menebus baucar ini dan membeli-belah di Pasaraya Seri Ternak di sini sebagai persediaan menyambut Hari Raya tidak lama sahaja lagi," katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut memaklumkan kira-kira 800 kotak makanan asas akan diagih kepada golongan B40 di kawasannya sebagai persiapan Ramadan dan Aidilfitri.

"Insya-Allah kita akan edarkan dalam masa terdekat ini kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang terjejas pendapatan bagi meringankan beban mereka," katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619