ADN

500 dos vaksin buat remaja, komuniti Taman Templer Ahad ini

9 Nov 2021, 1:58 AM
500 dos vaksin buat remaja, komuniti Taman Templer Ahad ini

SHAH ALAM, 9 NOV: Sebanyak 500 dos pelalian disediakan melalui program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer pada 14 November.

Wakil rakyatnya berkata program sehari mulai jam 9 pagi di Dewan Lanai Anggun, Selayang Height mengutamakan remaja, komuniti dan warga asing yang belum menerima suntikan.

"Kita menyeru individu yang belum mengambil dos pertama memanfaatkan peluang ini kerana vaksin penting bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19," kata Mohd Sany Hamzan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/RH3o2vqcBji13egF7 dan menerima suntikan sehingga jam 2 petang.

Selangor memperuntuk 50,000 dos pelalian untuk menjayakan Selvax bergerak di seluruh DUN secara berperingkat sejak 12 September bagi memastikan tiada yang tercicir mendapat vaksin.

Pakej Kita Selangor 2.0 diumumkan pada 9 Jun memperuntuk sebanyak RM200 juta untuk menjayakan Selvax Komuniti dan Selvax Industri yang akan memanfaatkan jutaan penduduk negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619