ADN

450 individu B40 Bukit Gasing terima baucar beli-belah Aidilfitri

10 Apr 2022, 12:20 AM
450 individu B40 Bukit Gasing terima baucar beli-belah Aidilfitri

PETALING JAYA, 10 APRIL: Seramai 450 individu menerima baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing baru-baru ini.

Wakil rakyat R Rajiv berkata penerima adalah dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) yang belum pernah menerima manfaat tersebut.

"Proses pengagihan sudah pun selesai dan penerima boleh menebus baucar bernilai RM100 di Pasaraya Giant Kelana Jaya bagi membuat persiapan sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Saya berharap sumbangan Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan rakyat terutama dalam keadaan harga barangan semakin meningkat ketika ini," katanya.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM3.34 juta tahun ini untuk agihan baucar beli-belah sempena Aidilfitri yang memanfaatkan 33,400 ketua isi rumah B40.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan kurang mampu sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619