ADN

Lebih 50 warga Bukit Gasing diberi kursus bantuan kecemasan

28 Jul 2024, 12:09 PM
Lebih 50 warga Bukit Gasing diberi kursus bantuan kecemasan

SHAH ALAM, 28 JULAI: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing menganjur kursus bantuan kecemasan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, Petaling Jaya hari ini.

Wakil rakyatnya R Rajiv memaklumkan program kali keempat yang disertai lebih 50 peserta bertujuan mendidik masyarakat memberi bantuan pada waktu kritikal bagi menyelamatkan nyawa.

"Pengisian kursus ialah bantuan pernafasan (CPR) dan penggunaan peranti defibrilator luaran automatik (AED). Kita anjurkan kerana melihat keperluan dalam memberi bantuan kecemasan sekiranya ahli keluarga jatuh dan tidak boleh bernafas.

"Apabila kita dapat beri bantuan kecemasan awal nyawa mereka mungkin boleh diselamatkan sementara menunggu ambulans tiba dan mendapat rawatan pakar," katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Rajiv turut mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan sokongan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar menggalakkan ketersediaan AED yang boleh diakses di semua ruang awam di daerah itu.

“Sekiranya boleh diakses ia dapat digunakan untuk merawat mangsa yang mengalami pemberhentian jantung secara tiba-tiba dan digunakan mangsa yang tidak sedarkan diri.

“Kami turut mengesyorkan penubuhan program untuk penduduk menerima latihan yang sesuai dan mewujudkan pelan untuk tindak balas kecemasan henti jantung mengejut yang boleh dikongsi dengan penduduk Petaling Jaya,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619