AGENDA

Orang ramai patuhi SOP bazar Ramadan, bilangan dan lokasi sesuai elak kesesakan

8 Apr 2022, 12:01 PM
Orang ramai patuhi SOP bazar Ramadan, bilangan dan lokasi sesuai elak kesesakan

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Dato' Menteri Besar berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bazar Ramadan di seluruh negeri.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata setakat ini pematuhan SOP masih terkawal walaupun ada menerima laporan kesesakan di sesetengah tempat.

"Perkara penting adalah pihak berkuasa tempatan perlu (PBT) melihat kesesuaian (lokasi) dan sebab itu digalakkan mengadakan bazar di tempat lapang, kawasan padang dan dataran bagi memudahkan kawalan.

"Saya juga menyarankan PBT memperbanyakkan bazar supaya jumlah peniaga di tempat itu dapat dihadkan. Apabila jumlah peniaga kurang sekali gus ia dapat mengurangkan kesesakan pengunjung," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Platform Selangor (PLATS) 3.0 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong di sini.

Amirudin turut meluangkan masa bertemu dengan peniaga dan pengunjung di bazar tersebut sambil diiringi EXCO Usahawan Rodziah Ismail; EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han dan EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau.

Tahun ini, Kerajaan Negeri menawarkan 11,967 petak kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh Selangor.

Kesemua tapak niaga itu disediakan oleh 12 PBT terbabit selepas mempertimbangkan tahap penularan Covid-19 varian Omicron yang merebak di seluruh negara sejak awal tahun ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619