AGENDA

Anwar: Pemilihan parti dengan etika ketat, calon diingat patuh peraturan

7 Apr 2022, 2:51 AM
Anwar: Pemilihan parti dengan etika ketat, calon diingat patuh peraturan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 akan dibuat mengikut etika ketat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, presiden parti itu mengingatkan semua calon terlibat supaya mematuhi peraturan dalam pemilihan berkenaan.

"Orang tanya kenapa disegerakan pemilihan parti... ada orang kata tidak sesuai (dan) tidak betul.

"Kita buat kerana mengingatkan semua calon bahawa etika itu sangat ketat terutama pada Ramadan," katanya ketika berucap pada majlis iftar KEADILAN di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di sini semalam.

Selain Amirudin, program tersebut turut dihadiri Naib Presiden Tian Chua dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Proses pencalonan dalam pemilihan KEADILAN 2022 untuk menentukan kepimpinan di 222 cabang parti akan bermula Jumaat hingga Ahad ini manakala bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijadual pada Isnin depan.

Pencalonan bagi peringkat cabang dan MPP yang mempertaruhkan jawatan tertinggi parti, akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi ADIL.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619