AGENDA

Karnival kerjaya negeri berlangsung Jun, tawar 30,000 peluang kerja

6 Apr 2022, 8:50 AM
Karnival kerjaya negeri berlangsung Jun, tawar 30,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 6 APRIL: Sebanyak 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Mega Selangor yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun depan.

EXCO pembangunan modal insan berkata setakat ini seramai 150 majikan antaranya bidang penerbangan, kosmetik, automotif, teknologi maklumat, pembuatan, pendidikan, seni reka dan kewangan setuju menyertai karnival tersebut.

"Karnival pada kali ini turut menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang penerbangan dan kosmetik, sebelum ini dua sektor tersebut tidak menyertai karnival kerjaya yang kita anjurkan tahun lepas.

"Majikan berkenaan (penerbangan dan kosmetik) menyatakan minat menyertai program ini memandangkan sektor tersebut amat memerlukan tenaga kerja pasca pandemik," kata Mohd Khairuddin Othman kepada Selangorkini hari ini.

Beliau berkata memandangkan negara memasuki fasa peralihan endemik, karnival kerjaya dianjurkan secara besar-besaran dan orang ramai boleh hadir sesi temu duga secara bersemuka.

"Meskipun karnival dianjur secara besar-besaran, kita masih tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan. Saya berharap program ini dapat menurunkan kadar pengangguran di Selangor," katanya.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Jelajah Selangor Bekerja 2021 di beberapa lokasi antaranya di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling yang menawarkan lebih 25,000 peluang pekerjaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619