ADN

ADN Sungai Ramal peruntuk lebih RM50,000 agih komputer riba kepada pelajar B40

2 Apr 2022, 8:50 AM
ADN Sungai Ramal peruntuk lebih RM50,000 agih komputer riba kepada pelajar B40

SHAH ALAM, 2 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal membelanjakan lebih RM50,000 bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan (B40) sejak September tahun lalu.

Mazwan Johar memaklumkan dalam tempoh berkenaan seramai 31 individu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menerima sumbangan tersebut dengan terbaru kelmarin membabitkan enam pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Program sumbangan komputer riba kelmarin adalah siri keempat bermula September 2021 dengan kos peruntukan sebanyak RM51,230.

"Bermula siri pertama hingga terakhir, seramai 31 pelajar telah menerima bantuan berkenaan," katanya menerusi Facebook.

Mazwan berkata sumbangan itu diharap membantu meringankan beban ibu bapa dalam kalangan B40 dan juga mereka terjejas punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

"Didoakan agar anak-anak ini berjaya dengan cemerlang dalam pembelajaran masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619