ADN

ADN Sungai Ramal serah komputer riba, tablet kepada pelajar

12 Feb 2022, 4:08 AM
ADN Sungai Ramal serah komputer riba, tablet kepada pelajar

SHAH ALAM, 12 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mazwan Johar semalam, menyerahkan sembilan komputer riba dan tablet untuk kegunaan golongan memerlukan.

Beliau berkata sumbangan itu bagi meringankan beban pelajar sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi terbabit dan ia diserahkan kepada pelajar atau ibu bapa mereka di pusat khidmatnya.

"Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, mereka menerima sumbangan tablet, manakala komputer riba bagi pelajar institusi pengajian tinggi.

"Sebanyak lima komputer riba dan empat tablet telah diberikan pada sesi penyerahan sumbangan secara ringkas pagi tadi," katanya di Facebook.

Katanya, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada bantuan meringankan beban ibu bapa ketika pandemik Covid-19.

November lalu, Mazwan memaklumkan pihaknya memperuntukkan sebanyak RM45,000 untuk membeli komputer riba untuk diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Terdahulu, sebanyak 20 komputer riba sudah diagihkan sejak September, manakala seramai 10 lagi pelajar menerima komputer riba pada November lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619