BERITA UTAMA

MPKL: SOP tambahan di bazar Ramadan elak penularan Covid-19

31 Mac 2022, 1:09 AM
MPKL: SOP tambahan di bazar Ramadan elak penularan Covid-19

SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menetapkan tatacara operasi piawai (SOP) tambahan di semua bazar Ramadan sebagai langkah keselamatan mengelak penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Dato' Amirul Azizan Abdul Rahim berkata penganjur perlu melantik petugas bagi mengawal pengunjung, penyusunan peniaga, kaunter masuk dan lalu lintas.

"Selain mendaftar kod bar MySejahtera, menggunakan pelitup muka setiap masa dan menggunakan cecair pembasmi kuman, amalan penjarakan satu meter antara gerai dilakukan bagi mengelakkan kesesakan pengunjung.

"Peniaga atau pengunjung yang mempunyai gejala demam, batuk dan selsema tidak dibenarkan memasuki tapak bazar," katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau mengingatkan penganjur dan peniaga menyediakan plastik sampah selain membersihkan tapak niaga selepas tamat waktu operasi.

"Pihak penganjur perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan dan ketenteraman orang ramai supaya tidak menimbulkan kacau ganggu ketika perniagaan dijalankan.

"Sebarang pembakaran terbuka adalah dilarang dan sebarang kemalangan bukan di bawah tanggungjawab MPKL," katanya yang turut melarang peniaga menggunakan khidmat warga asing dalam aktiviti perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619