AGENDA

Pekawanis agih dana RM235,000 bantuan kembali ke sekolah

30 Mac 2022, 6:59 AM
Pekawanis agih dana RM235,000 bantuan kembali ke sekolah

GOMBAK, 30 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM235,000 kepada 49 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi program kembali ke sekolah pada tahun ini.

Yang Dipertua Datin Seri Masdiana Muhammad berkata setiap DUN mengagihkan sumbangan wang tunai RM100 kepada pelajar daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan (B40).

"Kita harap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban ibu bapa ketika menyediakan kelengkapan bagi sesi persekolahan kali ini.

"Seramai 50 penerima di setiap DUN bakal menerima bantuan ini. Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah rendah," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepada 50 pelajar di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua di sini.

Katanya, penyerahan bantuan itu masih diteruskan dan pihaknya akan menyalurkan bantuan berkenaan di beberapa lagi DUN selepas ini.

Selain bantuan persekolahan, Pekawanis turut menyampaikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan (B40) yang menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan memperuntukan RM196,000 bagi 49 DUN.

Malah ketika banjir melanda Selangor akhir tahun lalu, Pekawanis memperuntuk RM107,500 bagi membantu mangsa dengan memberikan bantuan makanan asas, kain batik, kain pelikat, telekung, tuala wanita, lampin bayi dan susu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619