ADN

Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Aidilfitri

28 Mac 2022, 9:06 AM
Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 28 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama berpendapatan RM2,500 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah RM100 sempena perayaan Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata permohonan inisiatif Jom Shopping itu dibuka kepada warga tempatan beragama Islam serta pengundi kawasan berkenaan.

Katanya penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dan Skim Mesra Usia Emas (Smue) tidak layak untuk memohon baucar ini.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi http://tiny.cc/AidilfitriBU2022 dan dokumen yang diperlukan boleh di emel ke jomshopping.dunbu@gmail.com dengan tarikh akhir penghantaran pada 30 Mac ini.

Beliau berkata pemohon perlu mengemukan salinan kad pengenalan, salinan penyata pendapatan atau perakuan pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619