BERITA UTAMA

MBPJ fokus pembangunan mampan bentuk kehidupan masa depan

26 Mac 2022, 5:00 AM
MBPJ fokus pembangunan mampan bentuk kehidupan masa depan
MBPJ fokus pembangunan mampan bentuk kehidupan masa depan

DAMANSARA, 26 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merancang pembangunan mampan membabitkan 10 tema bagi menjaga kesejahteraan hidup akan datang.

Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir berkata langkah jangka panjang menerusi Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030 (PJSSR2030) itu menumpukan golongan miskin bandar, inisiatif keusahawanan dan pendigitalan.

Jelasnya, tema itu berfokus kepada aspek bandar pintar, bandar inklusif, bandar rendah karbon, bandar mesra kanak-kanak dan bandar berpelajaran.

Rancangan turut melibatkan pembentukan bandar pesat ekonomi, bandar kitaran ekonomi, bandar komuniti 5.0, bandar selamat dan berdaya tahan serta bandar e-pentadbiran.

“Untuk sektor ekonomi kita akan galakkan pelaburan dari dalam dan luar negara, sektor pelancongan serta memyediakan lebih banyak pusat setempat.

“Segalanya perlu diatur supaya perjalanan, pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat tersusun lebih-lebih lagi selepas pascapandemik,” katanya berucap di majlis perasmian Pasar PJKita@Sri Damansara di sini semalam.

[caption id="attachment_514188" align="aligncenter" width="555"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari (kanan) menandatangani plat ketika majlis perasmikan Pasar PJ@Kita Sri Damansara, Petaling Jaya pada 25 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Majlis berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pasar PJKita@Sri Damansara merupakan pasar awam pertama daerah itu mengetengahkan konsep moden, menyeluruh serta mesra penduduk termasuk untuk golongan kurang upaya (OKU).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619