BERITA UTAMA

Skim Rawatan Jantung diteruskan, biaya hingga RM50,000

25 Mac 2022, 3:20 PM
Skim Rawatan Jantung diteruskan, biaya hingga RM50,000
Skim Rawatan Jantung diteruskan, biaya hingga RM50,000

SHAH ALAM, 25 MAC: Kerajaan Selangor meneruskan program Skim Rawatan Jantung tahun ini bagi membantu rakyat memerlukan dengan pembiayaan sehingga RM50,000.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 257 pesakit mendapat manfaat itu sejak dilancarkan pada 2018 membabitkan kos RM4.03 juta.

"Kita setuju untuk meneruskan skim ini kerana memahami kesukaran rakyat terutama berpendapatan rendah dan menengah dalam membiayai kos rawatan jantung yang semakin tinggi," katanya dalam

wawancara khas bersama Media Selangor baru-baru ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta bagi pelaksanaan program berkenaan yang dibiayai bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Skim itu terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau menetap di negeri ini melebihi 10 tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000 sebulan.

Permohonan boleh dibuat melalui Selcare Management Sdn Bhd (Selcare) yang akan mengeluarkan surat jaminan (GL) sebelum mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619