AGENDA

Jais: Program pemantapan ilmu tingkat kualiti pegawai masjid, surau

21 Mac 2022, 8:20 AM
Jais: Program pemantapan ilmu tingkat kualiti pegawai masjid, surau

SHAH ALAM, 21 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sentiasa menganjurkan pelbagai program pemantapan ilmu pengetahuan bagi semua pegawai masjid dan surau.

EXCO Hal-Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata program itu anjuran agensi itu disertai imam, bilal, bendahari, setiausaha selain melibatkan muslimah termasuk berkaitan pengurusan tanah perkuburan.

"Malah, sepanjang pandemik program pemahaman antaranya mengenai peraturan masjid, surau dan taklimat peraturan tauliah negeri diadakan secara dalam talian untuk jawatankuasa masjid," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung peningkatan kualiti pegawai masjid dan surau pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mohd Zawawi turut memaklumkan ada imam yang dilantik kariah di sesetengah kawasan di negeri ini tidak memenuhi standard ditetapkan.

"Ini berikutan sesetengah kawasan didapati sukar bagi mencari imam berkebolehan dan baik.

"Namun, program pemantapan tetap dianjurkan pihak masjid dan Jais untuk menambah baik perkhidmatan dan kualiti imam-imam di Selangor," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619