AGENDA

Ramadan: Selangor jamin barang keperluan asas mencukupi

20 Mac 2022, 1:30 PM
Ramadan: Selangor jamin barang keperluan asas mencukupi

SHAH ALAM, 20 MAC : Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi menjelang Ramadan, kata EXCO Pengguna dan Industri Halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata setakat ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barang keperluan.

"InsyaAllah, barangan keperluan asas pada Ramadan nanti cukup dan setakat ini pihak KPDNHEP Selangor juga tidak menerima aduan kekurangan stok barang.

"Kita juga akan memantau harga barangan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga yang tidak sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Pengguna Selangor yang diadakan di pusat membeli belah Central i-City di sini hari ini.

Menurutnya, pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi ‘Price Catcher’ bagi tujuan semakan harga barang keperluan harian yang lain dan boleh membuat perbandingan harga mengikut premis dalam radius 10 kilometer daripada kediaman.

Pengguna juga boleh membuat aduan dengan mengemukakan maklumat lengkap berhubung salah laku peniaga di sekitar Selangor menerusi saluran aduan rasmi berikut :

  • WhatsApp 019-279 4317
  • Portal e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre 1-800-886-800
  • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
  • Ez ADU KPDNHEP
  • Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor 03-5514 4393/ 5518 1810/ 5512 5485

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619