BERITA UTAMA

3,817 ahli skuad Combi sebar mesej, bantu kawal penularan denggi di Selangor

19 Mac 2022, 5:12 AM
3,817 ahli skuad Combi sebar mesej, bantu kawal penularan denggi di Selangor

SHAH ALAM, 19 MAC: Seramai 3,817 sukarelawan ditempatkan dalam skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi mengawal dan mencegah penularan pelbagai penyakit di negeri ini.

EXCO kesihatan awam berkata pasukan bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diletakkan di 464 lokaliti untuk merancang aktiviti mengekang penyakit antaranya demam denggi dan malaria.

"Sukarelawan Combi yang dilantik dalam kalangan komuniti dilatih untuk menyampaikan mesej berkaitan pencegahan dan kawalan demam denggi kepada ahli yang lain.

"Penglibatan komuniti dalam program ini banyak memberi kesan dalam membantu pihak KKM mengawal wabak denggi di Selangor," kata Dr Siti Mariah Mahmud seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, beliau berkata kes denggi di negeri ini meningkat 1,112 kes atau 35.9 peratus dari minggu sembilan epid 2021 hingga 5 Mac dengan Petaling mencatatkan kumulatif tertinggi iaitu 1,460 kes.

Konsep Combi diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan beberapa negara untuk mengawal penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Aktiviti dilaksanakan termasuk lawatan ke rumah bagi  menunjukkan cara melupuskan tempat pembiakan Aedes, membersihkan takungan air dan edaran ubat pembunuh jentik-jentik.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619