ADN

Wakil rakyat Rawang, Selayang belanja RM30,000 baik pulih bumbung jejantas

18 Mac 2022, 12:05 AM
Wakil rakyat Rawang, Selayang belanja RM30,000 baik pulih bumbung jejantas

SHAH ALAM, 18 MAC: Wakil rakyat Rawang dan ahli parlimen Selayang memperuntuk RM30,000 bagi membaik pulih kerosakan bumbung jejantas di Taman Bersatu, Rawang dekat sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat berkata mereka mengambil insiatif mengeluarkan peruntukan sendiri demi keselamatan rakyat yang menggunakannya setiap hari.

Menurutnya, bumbung yang rosak itu membahayakan kerana jejantas itu adalah laluan utama bagi pelajar dan orang awam susulan terletak berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk di Kampung Sungai Terentang.

"Kerosakan itu sudah hampir dua tahun tetapi sehingga kini masih tiada kelulusan peruntukan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja baik pulih.

"Memikirkan keselamatan pelajar dan orang awam yang lalu lalang di situ, saya dan William Leong Jee Keen bersetuju mengguna peruntukan kami untuk menggantikan bumbung baharu di jejantas itu," katanya ketika dihubungi.

Wei Kiat berkata kerja baik pulih itu akan dilaksanakan JKR Gombak yang dijangka bermula April ini dan siap dengan kadar segera.

"Kita berharap kerajaan persekutuan dapat mengurangkan proses yang rumit bagi pembaikan infrastruktur terutama melibatkan keselamatan dan keselesaan rakyat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619