AGENDA

65.3 peratus penduduk dewasa terima dos penggalak

16 Mac 2022, 2:22 AM
65.3 peratus penduduk dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Seramai 15,357,069 individu dewasa atau 65.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,937,707 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,213,875 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,197,667 individu atau 33.7 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,839,254 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,938,900 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 56,585 dos diberikan meliputi 17,939 dos pertama, 1,728 dos kedua dan 36,918 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,275,177.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 95 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Selangor tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Johor (16), Perak (14), Kedah (10), Pulau Pinang (lapan) dan Sabah (lima).

Selain itu, Melaka, Pahang dan Perlis masing-masing melaporkan empat kes, Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing tiga kes, Kelantan (dua) manakala Terangganu (satu).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619