AGENDA

Catat kutipan hasil RM2.27 bilion, terus giat cari sumber baharu

14 Mac 2022, 4:05 AM
Catat kutipan hasil RM2.27 bilion, terus giat cari sumber baharu

SHAH ALAM, 14 MAC: Usaha untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri berdaya huni dan destinasi pilihan utama pelabur diteruskan dalam Belanjawan 2022.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor turut menghargai komitmen jabatan dan agensi negeri untuk mencapai prestasi baik dengan memperoleh kutipan hasil RM2.27 bilion tahun lalu.

"Bagi 2022, kerajaan Beta membuat anggaran kutipan hasil sebanyak RM2.05 bilion, menurun berbanding an anggaran tahun lepas susulan pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak Mac 2020.

"Namun, kerajaan Beta sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan kutipan hasil dapat ditingkatkan termasuk mencari sumber hasil baharu yang lebih lestari dan berterusan," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini hari ini.

Persidangan dijadual berlangsung selama dua minggu sehingga 25 Mac.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619