AGENDA

Tolak pemimpin tamak, pilih yang bantu rakyat ketika susah

11 Mac 2022, 4:18 PM
Tolak pemimpin tamak, pilih yang bantu rakyat ketika susah

JOHOR BAHRU, 12 MAC: Pengundi Johor perlu memilih pemimpin yang boleh bekerja dan membantu rakyat ketika dalam kesempitan, seru Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata tindakan memilih pemimpin yang tamak dan tidak mempedulikan nasib rakyat menyebabkan mereka terus sengsara.

“Di bandar tekanan harga ayam, sayur, telur. Di kampung pekebun berdepan isu baja, racun semua naik. Apa kata kerajaan? sebab perang Rusia - Ukraine.

“Perang ini baru berapa minggu, yang naik harga barang sudah berbulan, bertahun. Jadi nak undi mereka lagi buat apa?” katanya ketika Jelajah Johor di Flat Larkin Perdana di sini petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang menegaskan pemimpin yang suka berdolak-dalik dalam membantu rakyat perlu segera dihukum dan ditolak.

“Mereka mesti ambil langkah buat sesuatu, dulu waktu (Datuk Seri) Saifuddin Nasution jadi menteri (hal ehwal pengguna) dia turun ke bawah cari jalan.

“Selangor pula boleh turun harga ayam, semua ini ada jalan. Ini baru nama kerajaan bukan 'kera' jaan. Jadi saya minta fikirlah untuk perubahan,” katanya.

Pada 2018, empat parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menggunakan logo KEADILAN menang 36 kerusi DUN Johor. Barisan Nasional hanya mampu mengekalkan 19 kerusi dan PAS pula satu.

Namun, bilangan kerusi berkenaan berkurangan kepada 27 berikutan kejadian lompat parti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619