AGENDA

KEADILAN akur keputusan Johor, rangkul kekuatan hadapi PRU

13 Mac 2022, 3:39 AM
KEADILAN akur keputusan Johor, rangkul kekuatan hadapi PRU

SHAH ALAM, 13 MAC: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor dalam pilihan raya negeri (PRN) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu juga ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

"Tahniah kepada Barisan Nasional atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor. KEADILAN akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor," kata presiden KEADILAN dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Namun, ketua pembangkang itu berkata beliau khuatir dengan trend peratusan kecil keluar mengundi yang disifatkannya boleh mengugat proses demokrasi.

Dalam pada itu, beliau merakam penghargaan kepada semua pendukung dan jentera KEADILAN serta Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang PRN Johor.

Keputusan PRN Johor semalam menunjukkan BN menang 40 kerusi daripada 56 kerusi dipertandingkan, HARAPAN (11 kerusi), Perikatan Nasional (tiga), KEADILAN (satu) dan MUDA (satu).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619