AGENDA

Putrajaya abai desakan bantu rakyat, Anwar ubah fikiran sokong keluar wang KWSP

9 Mac 2022, 12:52 PM
Putrajaya abai desakan bantu rakyat, Anwar ubah fikiran sokong keluar wang KWSP

SHAH ALAM, 9 MAC: Ketua pembangkang mendesak kerajaan membenarkan pencarum mengeluar simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah tiada azam untuk membantu rakyat, termasuk mangsa banjir.

"Saya agak keberatan untuk mendukung langkah ini kerana ia pasti memberi kesan kepada simpanan mereka di masa hadapan meski saya tahu pendirian ini sangat tidak popular di kalangan rakyat.

"Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, beliau berkata rungutan rakyat yang terdesak mahu menggunakan wang tersebut makin kerap didengarnya sepanjang kempen ketika pilihan raya Johor kini.

“Justeru, setelah kita melihat bahawa kerajaan seolah-olah tidak ada jalan untuk merungkai kegagalan ini, saya kini mendukung agar pengeluaran ini dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi,” katanya lagi.

Anwar melahirkan rasa kecewa terhadap sikap kerajaan khususnya Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang didakwanya 'tidak mempedulikan' desakan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619