ADN

Jom cari kerja di Subang Jaya pada 13 Mac ini

7 Mac 2022, 5:55 AM
Jom cari kerja di Subang Jaya pada 13 Mac ini
Jom cari kerja di Subang Jaya pada 13 Mac ini

SHAH ALAM, 6 MAC: Warga  Selangor, khususnya penduduk sekitar Subang Jaya yang sedang mencari pekerjaan dipelawa menyertai program Jom Cari Kerja pada 13 Mac depan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya berkata program anjuran bersama pihaknya dan Selangor Kerjaya itu akan diadakan di Pusat Komuniti JKP Zon 4 mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

"Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk menghadiri temuduga terbuka, anda juga belajar menulis resume yang betul daripada pakar bidang sumber manusia," kata Michelle Ng Mei Sze.

Berdasarkan info grafik di Facebook, mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi kod QR yang disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-5550 2881 atau email info@selangorkerjaya.com.my

Selangor Kerjaya adalah inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi memacu ekonomi rakyat melalui padanan kerjaya bersesuaian dan berkesan.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 Januari 2021, Selangor Kerjaya adalah program pengurusan bakat dan tenaga kerja untuk rakyat di negeri ini yang bakal memanfaatkan 10,000 individu yang sedang mencari pekerjaan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619