AGENDA

Sekolah rendah ada lebih 600 murid laksana kaedah penggiliran

5 Mac 2022, 5:07 AM
Sekolah rendah ada lebih 600 murid laksana kaedah penggiliran

SHAH ALAM, 5 MAC: Sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid lebih 600 akan melaksanakan kelas secara bersemuka dan penggiliran, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata murid yang hadir tanpa penggiliran melibatkan prasekolah, tahun 1, 2, 6 serta murid bawah program rancangan makanan tambahan (RMT).

Beliau menjelaskan sesi tanpa penggiliran turut melibatkan murid berkeperluan khas di sekolah kebangsaan pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi.

"Manakala untuk murid tahun 3, 4 dan 5 pula mereka perlu hadir ke sekolah secara penggiliran mengikut jadual ditetapkan pihak sekolah.

“Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang, semua murid rendah harian dan swasta perlu hadir tanpa penggiliran," katanya menerusi perkongsian video di Facebook.

Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan sesi persekolahan 2022/2023 bermula 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12 Mac 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619