AGENDA

Persidangan halal Selangor bermula esok babit 100 pempamer

3 Mac 2022, 12:30 PM
Persidangan halal Selangor bermula esok babit 100 pempamer
Persidangan halal Selangor bermula esok babit 100 pempamer

SHAH ALAM, 3 MAC: Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) bakal membuka tirainya esok di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Program anjuran Kerajaan Negeri diadakan pertama kali itu bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam menampilkan 100 pempamer daripada 40 syarikat tempatan dan luar negara.

Pempamer terdiri enam kluster iaitu makanan dan minuman, kesihatan dan farmaseutikal, kecantikan dan penjagaan diri, hospitalisasi dan pelancongan, fesyen sopan serta ramuan.

Selhac berlangsung tiga hari hingga 6 Mac turut melibatkan tiga komponen merangkumi forum, ekspo dan padanan perniagaan.

Orang ramai dipelawa hadir bagi mendapatkan gambaran berkaitan industri itu.

Maklumat lanjut berhubung program boleh diperoleh menerusi http://selhac.com

[caption id="attachment_510885" align="aligncenter" width="550"] Orang ramai dijemput memeriahkan Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 4 hingga 6 Mac 2022.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619