AGENDA

EXCO: Negeri sasar RM100 juta transaksi, tarik 200 syarikat sertai Selhac 2023

8 Sep 2022, 12:00 PM
EXCO: Negeri sasar RM100 juta transaksi, tarik 200 syarikat sertai Selhac 2023
EXCO: Negeri sasar RM100 juta transaksi, tarik 200 syarikat sertai Selhac 2023
EXCO: Negeri sasar RM100 juta transaksi, tarik 200 syarikat sertai Selhac 2023

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Sejumlah RM100 juta nilai padanan perniagaan disasarkan pada penganjuran Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) tahun hadapan.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pihaknya yakin jumlah itu mampu dicapai berdasarkan kutipan tahun ini melebihi RM37 juta ketika berlangsung pada Mac.

“Tahun ini kita sediakan 100 reruai tetapi tahun hadapan kita bakal gandakan jumlah bagi membolehkan 200 syarikat terlibat.

“Kita yakin mampu capai jumlah sasaran ini kerana Selangor mempunyai potensi besar dalam industri halal malah ramai peniaga juga memohon sijil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

[caption id="attachment_539140" align="aligncenter" width="708"] EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni membuat lawatan ke reruai pameran selepas merasmikan Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 8 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebanyak 20 syarikat pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, penjagaan diri, kesihatan, pendidikan dan logistik mengambil bahagian di Pavilion Selangor.

Selhac yang berlangsung selama tiga hari pada Mac lalu mencatat transaksi bernilai RM37.73 juta, melebihi jangkaan awal sebanyak RM20 juta.

Program turut menyediakan forum serta ekspo kepada pengunjung selain pempamer membabitkan kluster makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.

[caption id="attachment_539138" align="alignnone" width="755"] Orang ramai melawat reruai Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 8 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619