AGENDA

Anwar: Potensi Janakerja terbatas, bilangan belia menganggur kekal tinggi

2 Mac 2022, 10:47 AM
Anwar: Potensi Janakerja terbatas, bilangan belia menganggur kekal tinggi

SHAH ALAM, 2 MAC: Kerajaan persekutuan harus merangka dasar lebih berkesan bagi menangani masalah pengangguran di negara ini khususnya membabitkan anak muda.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar pengangguran belia masih tinggi meskipun kerajaan ada memperkenal inisiatif Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja).

Beliau menjelaskan kadar pengangguran bagi lingkungan usia 15 hingga 25 tahun adalah 13.2 peratus bersamaan 312,000 orang manakala golongan berumur antara 15 hingga 30 tahun 8.7 peratus.

"(JanaKerja) disebut ada kejayaan tetapi yang tidak disebut kadar pengangguran belia.

"Hal ini perlu dijelaskan, JanaKerja itu ada kejayaan terbatas," kata ahli parlimen Port Dickson dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 19 Februari, Perdana menteri menyempurnakan pelancaran program JanaKerja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur membabitkan peruntukan RM4.8 bilion bagi menurunkan kadar pengangguran.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan dibuka menerusi program berkenaan pada tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619