BERITA UTAMA

Program harga ayam, telur murah terus mendapat sambutan

28 Feb 2022, 12:32 AM
Program harga ayam, telur murah terus mendapat sambutan

SABAK BERNAM, 28 FEB: Program Intervensi Harga Ayam dan Telur terus mendapat sambutan orang ramai apabila lebih 20,000 ekor ayam terjual sejak dilancar 7 Februari lalu.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata selain ayam, lebih 15,000 biji telur ayam terjual menerusi program dilaksana Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

"Kedua-dua barangan ini terjual di Wisma PKPS, Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Lori Ehsan yang digerakkan bagi memudahkan masyarakat mendapatkan bekalan segar.

"Walaupun Program Jualan Prihatin Rakyat dilaksanakan, program ini tetap berjalan seperti biasa,"katanya selepas merasmikan program itu di Balai Rakyat Taman Berjaya di sini semalam.

Kerajaan Selangor menjual ayam standard pada harga siling RM8 sekilogram menerusi program di bawah PKPS.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjualan 50,000 ekor ayam membabitkan dana RM1 juta bakal diperluas ke seluruh negeri jika mendapat sambutan orang ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619