BERITA UTAMA

Sejuta anak pokok ditanam sekitar Sepang, imbangi pembangunan fizikal

27 Feb 2022, 8:52 AM
Sejuta anak pokok ditanam sekitar Sepang, imbangi pembangunan fizikal
Sejuta anak pokok ditanam sekitar Sepang, imbangi pembangunan fizikal

SEPANG, 27 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menanam lebih sejuta anak pokok pelbagai spesies di seluruh kawasan pentadbirannya sejak 2008 hingga Januari tahun ini.

Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata inisiatif bersama pemaju membuktikan kesungguhan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk mewujudkan bandar rendah karbon menjelang 2030.

“Sejak 2008, Kerajaan Selangor mengadakan kempen menanam pokok dan menyasarkan sebanyak 50,000 pokok ditanam setiap tahun oleh PBT.

“Usaha meningkatkan jumlah tanaman pokok akan diteruskan bagi mencapai hasrat berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program penanaman pokok bakau di Sungai Sepang Besar, Pantai Pasir Putih di sini hari ini.

Sementara itu, Abd Hamid berkata kaedah penyelenggaran terbaik digunakan untuk memelihara dan memulihara pokok di seluruh kawasan di daerah berkenaan.

“Pokok perlu dihargai kerana tumbuhan itu akan mengindahkan dan meningkatkan nilai estetik sesuatu kawasan.

“Di sisi lain pula, pokok memberi teduhan selain mengurangkan pencemaran udara dan bunyi termasuk agen penyerap karbon. Justeru kita kena imbangi pembangunan fizikal dan alam sekitar,” katanya lagi.

[caption id="attachment_510722" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan yang menyertai program penanaman anak pokok anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perhutan Selangor di Sungai Sepang Besar, Pantai Pasir Putih, Sepang pada 27 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619