PBT

1,600 anak pokok ditanam sekitar muara, pulih habitat pesisir pantai

27 Feb 2022, 8:03 AM
1,600 anak pokok ditanam sekitar muara, pulih habitat pesisir pantai
1,600 anak pokok ditanam sekitar muara, pulih habitat pesisir pantai

SEPANG, 27 FEB: Sebanyak 1,600 anak pokok pelbagai jenis ditanam di dua muara sungai sekitar daerah ini bagi memperkukuh kawasan berkenaan sebagai zon penampan ombak.

1,000 anak pokok bakau jenis ‘Rhizophora Apiculata’ dan ‘Rhizophora Mucronata’ ditanam di Sungai Sepang Besar, Pantai Pasir Putih hari ini manakala baki pokok ketapang dan rhu di Pantai Bagan Lalang esok.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) inisiatif itu mampu memulihkan habitat pesisir pantai yang menempatkan kepelbagaian biologi selain memperkaya sumber hasil pantai.

“Secara tidak langsung, ia berperanan menjamin keselamatan sumber makanan dari laut dan sosioekonomi masyarakat tempatan terutama nelayan,” kata Dato’ Abd Hamid Hussain ketika ditemui.

Program selama dua hari itu mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Selangor, Institut Rimbawan Malaysia, Balai Iktisas Malaysia disertai mahasiswa jurusan perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sementara itu, Abd Hamid berkata pokok berperanan membantu mengimbangi suhu dan iklim setempat sekali gus mengurangkan fenomena pulau haba.

“Pada masa ini, isu pemanasan global menjadi topik utama yang memberi kesan besar kepada alam sekitar.

“Perubahan iklim mengakibatkan bencana seperti peningkatan paras air laut yang mendadak dan banjir,” katanya lagi.

[caption id="attachment_510721" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan menanam anak pokok bakau dalam program penanaman pokok anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perhutanan Selangor di Sungai Sepang Besar, Pantai Pasir Putih, Sepang pada 27 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619