ADN

Lebih 1,000 pelajar DUN Seri Setia dapat bantuan awal sekolah

10 Feb 2022, 11:55 PM
Lebih 1,000 pelajar DUN Seri Setia dapat bantuan awal sekolah
Lebih 1,000 pelajar DUN Seri Setia dapat bantuan awal sekolah
Lebih 1,000 pelajar DUN Seri Setia dapat bantuan awal sekolah

SHAH ALAM, 11 FEB: Seramai 1,031 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima manfaat melalui program Kembali Ke Sekolah.

Wakil rakyatnya berkata agihan perkakas sekolah seperti beg, baju, seluar, kasut dan alat tulis bernilai RM100 hasil kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, KDEB Waste Management dan pasaraya Mydin.

“Bantuan ini daripada peruntukan tahunan Kerajaan Negeri yang disalur kepada setiap Ahli Dewan Negeri (ADN). Jadi, kita bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk bantu pelajar memerlukan dan diharap berterusan pada tahun-tahun mendatang.

[caption id="attachment_508430" align="aligncenter" width="500"] ADN Seri Setia, Halimey Abu Bakar (kanan) menyampaikan bantuan kembali ke sekolah kepada pelajar di pasaraya Mydin Subang Jaya pada 6 Februari 2022. Foto Facebook Halimey Abu Bakar[/caption]

"Kita sudah mula agihkan kepada pelajar secara berfasa dan akan diteruskan di seluruh tujuh kawasan ahli majlis Seri Setia pada setiap minggu," kata Halimey Abu Bakar kepada Selangorkini.

Sementara itu, dalam video dikongsikan Halimey, rata-rata ibu bapa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri serta wakil rakyat berkenaan kerana memilih anak mereka sebagai penerima sumbangan.

Pada 8 Februari lalu, seramai 100 pelajar di kawasan berkenaan turut diberi bantuan sama hasil sumbangan KDEB Waste Management (KDEBWM).

 

[caption id="attachment_508431" align="aligncenter" width="500"] ADN Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyatuni penerima bantuan kembali ke sekolah di pasaraya Mydin Subang Jaya pada 6 Februari 2022. Foto Facebook Halimey Abu Bakar[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619