ADN

Beri semangat murid kembali sekolah, wakil rakyat agih bantuan tunai, beg

9 Feb 2022, 3:00 PM
Beri semangat murid kembali sekolah, wakil rakyat agih bantuan tunai, beg
Beri semangat murid kembali sekolah, wakil rakyat agih bantuan tunai, beg
Beri semangat murid kembali sekolah, wakil rakyat agih bantuan tunai, beg

SHAH ALAM, 9 FEB : Wakil rakyat Selangor meneruskan usaha membantu keluarga kurang berkemampuan serta yang terkesan akibat Covid-19 antaranya melibatkan perbelanjaan kelengkapan sekolah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata seramai 450 pelajar menerima bantuan tunai dan kelengkapan yang diagih secara berperingkat sejak Disember tahun lalu sehingga kini.

[caption id="attachment_508246" align="aligncenter" width="500"]
ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turun padang menyampaikan bantuan sekolah kepada pelajar di kawasannya pada Disember tahun lalu. Foto Pejabat ADN Meru[/caption]

"Daripada jumlah itu 300 pelajar terima wang tunai RM100 daripada MBI (Menteri Besar Selangor Pemerbadanan)  manakala 150 pelajar lagi menerima jumlah sama sumbangan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru.

"Bantuan masih diagihkan sehingga sekarang, kita harap inisiatif ini meringankan beban ibu bapa yang mungkin terjejas pendapatan untuk membuat persediaan anak mereka kembali ke sekolah," katanya kepada SelangorKini.

ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya baru selesai mengagihkan 400 beg Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) kepada pelajar yang memasuki sesi persekolahan darjah satu.

[caption id="attachment_508225" align="aligncenter" width="500"] ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada pelajar dalam Program Kembali Ke Sekolah anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Dewan Bandar Baru MPKS, Kuala Selangor pada 22 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Seramai 300 pelajar lagi menerima bantuan RM100 tajaan MBI. Kita harap sumbangan ini membuka semangat baharu kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran secara fizikal," katanya.

Tahun ini MBI memperuntuk RM1.68 juta bagi menjayakan program berkenaan melibatkan seramai 16,800 pelajar di seluruh DUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619