SELANGOR

Jangan diskriminasi hak wanita

10 Mac 2019, 3:34 AM
Jangan diskriminasi hak wanita

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 MAC: Masyarakat terutama lelaki digesa tidak mendiskriminasi hak wanita, dengan memandang rendah kemampuan dan kebolehan dimiliki golongan terbabit.

Ahli Dewan Negeri Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli berkata, peranan wanita sangat penting dalam memberi keseimbangan terhadap pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

"Saya optimis kaum lelaki memberi peluang kepada wanita untuk menceburi apa sahaja bidang yang mereka minati selagi ia tidak melanggar batas agama," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berharap masyarakat menghormati dan menyayangi wanita kerana hidup tidak akan lengkap tanpa golongan itu.

Terdahulu, Juwairiya bersama Wanita Cabang Kuala Selangor meluangkan masa mengedarkan 200 kuntum bunga mawar kepada wanita, di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor.

Edaran itu bersempena Ssambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh, pada 8 Mac lalu.

"Edaran bunga mawar ini sebagai tanda penghargaan dan hadiah untuk wanita yang banyak berkorban dalam membina keluarga, membesarkan generasi masa depan negara serta menyumbang kepada kesejahteraan keluarga," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619