AGENDA

Ibu bapa diminta lakukan pemeriksaan kesihatan jika khuatir terima vaksin untuk anak

31 Jan 2022, 6:37 AM
Ibu bapa diminta lakukan pemeriksaan kesihatan jika khuatir terima vaksin untuk anak
Ibu bapa diminta lakukan pemeriksaan kesihatan jika khuatir terima vaksin untuk anak

SHAH ALAM, 31 JAN: Ibu bapa disaran melakukan pemeriksaan kesihatan kepada anak masing-masing terlebih dahulu jika bimbang untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor berkata langkah itu bagi memastikan ibu bapa yakin dengan tahap kesihatan anak mereka.

"Sebenarnya tidak ada masalah dan kebiasaannya jika ada penyakit kebanyakan ibu bapa sudah tahu lebih awal tetapi jika takut sangat untuk terima vaksin boleh buat pemeriksaan kesihatan dulu.

"Jika dalam tempoh lapan tahun ini tiada apa-apa, mak ayahnya pun sihat tidak pernah ada kanser, insya-Allah genetik anak pun akan ok dan sihat," kata Dr Mohammad Farhan Rusli ketika dihubungi.

Beliau berkata ibu bapa tidak seharusnya khuatir kerana dos yang diberikan tidak sama dengan dos disuntik kepada mereka.

[caption id="attachment_474346" align="alignright" width="380"] Dr Mohammad Farhan Rusli. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Ada yang gusar dengan bengkak jantung, kematian selepas divaksin hakikatnya risiko mendapat bengkak jantung, kematian adalah lebih tinggi jika mendapat Covid-19," katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak.

“Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur,” katanya. 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619