AGENDA

Inisiatif kad SIM percuma diteruskan tahun ini, sasar 25,000 penerima

30 Jan 2022, 1:16 PM
Inisiatif kad SIM percuma diteruskan tahun ini, sasar 25,000 penerima

KAJANG, 30 JAN : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyasarkan seramai 25,000 penerima kad modul pengenalan pelanggan (SIM) menerusi inisiatif Data Internet Selangor pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata daripada jumlah itu ia meliputi golongan berpendapatan rendah (B40), peniaga dalam talian dan pelajar di seluruh negeri.

"Inisiatif ini masih diteruskan selepas menerima sambutan menggalakkan sejak tahun lalu. MBI terus fokus membantu golongan memerlukan kerana internet merupakan antara keperluan penting dalam urusan harian," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Beranang oleh MBI di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Minangkabau, di sini hari ini.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Pada 4 Ogos, Amirudin mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar  pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Turut menerima manfaat ialah pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619