AGENDA

Hanya Selangor laksana inisiatif internet percuma, lebih 32,000 terima manfaat

18 Mac 2022, 9:56 AM
Hanya Selangor laksana inisiatif internet percuma, lebih 32,000 terima manfaat

SHAH ALAM, 18 MAC: Seramai 32,214 individu menerima manfaat program Data Internet Selangor setakat 28 Februari lalu, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif langganan internet percuma setahun itu melibatkan beberapa golongan antaranya peserta Platform Selangor (PLATS) serta mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor.

"Kad modul pengenalan pelanggan (SIM) ini juga diberi kepada sebahagian 10,000 pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor supaya mereka dapat mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) walaupun tak dapat pergi sekolah.

"Program ini hanya ada di Selangor, yang dilaksanakan Kerajaan Negeri," katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada 4 Ogos tahun lalu Dato' Menteri Besar memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menerima kad SIM berkenaan.

Agihan turut diberi kepada peminjam Yayasan Selangor, pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor, peniaga, petani dan ibu tunggal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619