AGENDA

Selangor tuan rumah kejohanan badminton Asia, lapan negara sah bertanding

27 Jan 2022, 9:12 AM
Selangor tuan rumah kejohanan badminton Asia, lapan negara sah bertanding

SUBANG JAYA, 27 JAN: Buat julung kalinya, Selangor menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam mulai 15 hingga 20 Februari depan.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata kejohanan berprestij itu diselaraskan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Selangor sedia menjadi tuan rumah dan bertepatan dengan dengan tema Selangor Bangkit yang diperkenalkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

"Kita mengambil langkah berani bekerjasama dengan BAM dan Badminton Asia untuk memastikan industri sukan bangkit semula selepas ketidaktentuan kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) dan pelbagai sukan lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mohd Khairuddin Othman berkata setakat ini lapan negara termasuk Malaysia mengesahkan penyertaan antaranya Korea, India, Thailand, Hong Kong dan Kazakhstan.

"Selain itu, kita sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung tatacara operasi piawai (SOP) pemain bermula ketibaan di lapangan terbang hingga ke hotel dan seterusnya ke tempat perlawanan.

"Berhubung kehadiran penonton pula, kita masih menjalankan rundingan dan berharap KKM dapat mempertimbangkannya kerana kejohanan ini berlangsung dalam tempat yang besar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619